Followers

Wednesday 25 April 2012

Ingin menangguhkan mengandong selepas berkahwin. Apa cara yang baik?



Saya berusia 24 tahun..Sy ingin meminta pandangan drpd Dr.Suhaimi Isa mengenai persoalan yang akan sy tujukan..InsyaAllah sy akan melangsungkan perkahwinan pada bulan jun tahun ini..Selepas sebulan majlis akad nikah, bakal suami dan sy akan duduk berjauhan kerana bakal suami bekerja di luar negara dan hanya akan pulang ke msia sekali sekala.Sy n bakal suami ade berbincang mengenai merancang keluarga memandangkan faktor kerja yang tidak berapa mengizinkan kami tinggal bersama..Kami sebolehnye mahu merancang untuk tidak mempunyai anak dalam waktu terdekat ini.
 Soalan nya, apakah nasihat yang terbaik drpd Dr?? Rakan ade mencadangkan memakan PIL PERANCANG KEHAMILAN kerana rakan sy pernah menggunakannya dan dikatakan bagus untk perancangan keluarga..
1 ) Apa nasihat DR kaedah terbaik untk sy merancang?? Adakah benar tidak elok merancang untuk mendapat anak pertama?
2) Apa kebaikan n keburukan memakan pil perancang??
 3) Adakah pil perancang bole dibeli di kedai farmasi? ataupon Dr mencadangkan sy berjumpa Pakar Puan??
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA...diharap dapat membantu...

Assalamulaikum Saudari 
Bagi saya eloklah kalau saudari ingin merancang dahulu selepas berkahwin kalau saudari dan suami belum bersedia untuk menimang cahaya mata. Ramai yang masih dalam suasana berbulan madu terpaksa menerima kedatangan orang ketiga walaupun mereka belum bersedia terutama pasangan yang masih muda. Eloklah pada waktu tersebut kita menyediakan diri kita untuk mengandong dari segi kesihatan,kewangan dan mental.Tidak salah kalau saudari mahu menangguhkan kehamilan. Bagi saya setiap kehamilan itu mestilah yang diterima dengan ikhlas.

Apakah cara merancang yang baik ?

Bagi kami ada beberapa factor yang kami pertimbangkan sebelum mencadangkan apakah cara yang sesuai .Contohnya umur,bilakah saudari bersedia untuk mengandong,adalah saudari mempunyai haid yang betul dan tetap dan juga masalah perubatan yang memerlukan perhatian terlebih dahulu dari doctor perubatan.
Saya berpendapat ada 2 cara yang saya rasa sesuai untuk saudari iaitu kondom dan pil perancang.
Memandangkan suami saudari pulang sekali sekala kondom mungkin merupakan pilihan yang “baik”. Ini bermakna saudari tidak perlu mengambil pil perancang dan mengalami kesan-kesan sampingannya walhal saudari hanya perlu cegah kehamilan hanya untuk beberapa sahaja dalam sebulan ketika suami berada dirumah. Bayangkan saudari mengambil pil setiap hari tetapi hubungan kelamin hanya berlaku sekali sekala dan saya rasa lambat laun saudari akan berasa jemu. TETAPI saudari perlu berhati-hati dan beringat kerana walaupun hubungan kelamin ini  sekali sekala ianya tetap “merbahaya” kerana si suami terlupa atau sengaja terlupa untuk memakainya kerana tidak sempat! Kalau saudari pun tidak berapa kisah kalau termengandong dan bersedia menerimanya maka ianya tidak menjadi masalah besar. Kami tahu yang kaedah menggunakan kondom kadar kehamilan berlaku adalah tinggi.
Kalau saudari benar-benar serius tidak mahu mengandong sehinggalah saudarai bersedia,maka pil perancang adalah terbaik. Kondom dan pil tidak melambatkan saudarai jika mahu mengandong sebaik sahaja memberhentikannya. 
Terdapat juga pasangan yang mengamalkan cara mengira calendar iaitu waktu subur dan ramai juga mengamalkan pancutan diluar vagina. Kedua-dua kaedah ini saya tidak galakkankalau serius tak mahu mengandong kerana ianya mempunyai kadar kegagalan yang tinggi.
Kesimpulannya jika saudari benar-benar serius untuk menangguhkan kehamilan saudari maka ambilah pil perancang yang boleh dibeli dimana-mana farmasi dan kelinik-kelinik. Pil perancang boleh dibeli secara ‘Over counter” iaitu tidak perlu surat prekrepsi dari doctor.
Bagi saya untuk mendapat pandangan dari sudut klinikal tentang kaedah dan risiko setiap cara elak mengandong eloklah berjumpa dengan doctor pakar. Mengenail kesan sampingan pil tersebut secara akedemik ahli farmasi dapat memberikan dengan lebih terperinchi.
Diantara kesan sampingan yang dikaitkan dengan penggunaan pil adalah isu pembekuan darah pada kaki/thrombosis dan kanser payudara dan servik jika diambil terlalu lama. Kedua-dua risiko adalah terlalu kecil dan ianya tidak patut dijadikan isu membuatkan saudari perubah fikiran untuk menggunakannya. Kesan-kesan lain adalah sakit kepala,pening,loya dan kadangkala muntah. Majoriti wanita tidak ada mengalami masalah seperti ini. Tetapi kebaikannya pula adalah saudarai akan mengalami kitaran haid yang perfect. Iaitu tepat pada masanya,pendek,sikit dan tiada senggugut. Complexion muka saudari lebih cantik dan kurang masalah jerawat.
Kaedah-kaedah lain yang saya rasa kurang sesuai pada wanita yang belum pernah mengandong adalah:
1.IUCD  boleh menyebabkan infeksi kepada saluran fallopian dan sukar untuk mengandong kemudian hari jika ianya tersumbat.
2.Suntikan hormone ataiu Implanon yang menyebabkan gangguan pada kitaran haid dan melambatkan saudari unutk mengandong setelah berhentikannya.

Persediaan saudari  sementara menunggu ,saya cadangkan saudari mula mengambil asid foliik dan vitamin-vitamin lain dan yang paling penting jaga berat badan kerana BMI yang tingggi boleh menyebabkan kesukaran untuk mengandong. Semuga Berjaya.


Suami tidak dapat "penetrate" selepas melahirkan.


Saya sudah 7 bulan melahirkan bayi sulung, tetapi semasa ingin bersama
suami, zakar suami sukar masuk ke vagina, seolah-olah lubang vagine
terlalu kecil. Kami telah menggunakan pelincir seperti KY jelly tetapi
kepala zakar masih tidak boleh masuk. Saya mendapati lubang vagina
saya mempunyai jahitan ditengah-tengah, di mana bukaan atas dan bawah
seperti bentuk '8'.

Bagaimana mengatasi masalah ini, supaya saya dapat bersama suami? apa
yang perlu saya lakukan.

terima kasih


Assalamualikum Puan,
Saya rasa mungkin puan semasa melahirkan mempunyai masalah kecederaan pada vagina yang serius sehinggakan perkara sebegini boleh berlaku.Kebiasaanya vagina akan koyak teruk bila vakum atau forceps perlu dilakukan bagi membantu kelahiran bayi puan. Diantara dua peralatan ini, forceps merupakan peralatan yang lebih banyak mencederakan vagina jika dibandingkan dengan vakum. Oleh sebab itu sekarang jarang doctor menggunakann forcep kecuali kes-kes tertentu semasa caesarian dan kelahiran songsang. Pilihan utama sekarang adalah vakum. 
Sebab lain yang boleh mencederakan vagina begitu teruk jika bayi puan terlalu besar dimana doctor perlu melakukan beberapa manipulasi bagi mengeluarkan bahu bayi puanyang tersangut. Walaupun episiotomi dilakukan bagi memudahkan kelahiran, kami dapati banyak kes dimana koyakan episiotomy menjadi lebih panjang hingga kelubang dubur(extended tear). Inilah adalah salah satu komplikasi  kalau kelahiran normal melalui vagina.
Apabila berlaku banyak koyakkan dalam vagina selepas bersalin,puan akan mengalami pertumpahan darah yang kadangkalanya serius dan memerlukan transfusi darah. Kami perlu memberhentikan perdarahan dari vagina dengan menjahitnya semulasecepat mungkin. Memang saya akui agak sukar kerana darah yang banyak mengganggu terutama mencari punca dari mana darah itu keluar.Dalam kekalutan begini mungkin jahitannya kurang sempurna sehinggakan lubang vagina menjadi kecil. 
Perkara ini amat jarang sekali boleh berlaku. Jika lubang vagina mempunyai dua lubang iaitu diatas dan dibawah, saya berpendapat dinding vagina kiri dan kanan bertaut.
Rawatannya mudah. Puan perlu berjumpa pakar obstetric dan ginekologi untuk mengesahkan perkara ini. Puan perlu menjalani pembedahan kecil dibahagian vagina bagi melepaskan dinding vagina yang melekat itu. Saya rasa mungkin puan tidak memerlukan anaesthesia am. Suntikan ubat pelali sudah mencukupi. Biarkan doctor pakar menentukanya. Kalaulah lubang vagina itu sempit, doctor boleh membesarkannya dengan kaedah yang mudah. Sakitnya pun macam sakit episiotomy sahaja.


Tuesday 24 April 2012

Pesakit dialisis ingin hamil.Adakah boleh?



Saya disahkan mengidap sakit buah pinggang dan sudah mengjalani rawatan hemodialisis seminggu 2 kali,hampir 3 tahun.
Adakah saya boleh hamil?
Jika boleh, apakah ia akan memudaratkan diri saya dan kandungan?


Wanita-wanita yang mengalami penyakit buahpinggang mempunyai risiko tinggi melibatkan si ibu dan juga bayi yang dikandong. Ini bergantong kepada punca yang menyebabkan buahpinggang itu rosak,tahap kerosakan buahpinggang,tahap kawalan darah tinggi jika ada dan amaun protin dalam air kencing.Sekiranya fungsi buahpinggang  merosot maka keupayaan untuk mengandong dan melahirkan bayi cukup bulan juga menurun sama.

Risiko-risiko yang akan dialami oleh ibu adalah:
           
1.Kemerosotan fungsi buahpinggang akan lebih merudum dan kerosaknya mungkin boleh kekal selamanya. Ini boleh terjadi sekiranya pesakit mempunyai kencing berprotin dan juga mengalami darah tinggi,
2, Darah tinggi
3, Kencing berprotin
4. Pre eclampsia
5.Tromboembolisma saluran darah /pembekuan darah dalam saluran darah dan
6. Jangkitan air kencing.

Risiko-risiko terhadap kandongan adalah:

1.Keguguran
2.Pertumbuhan bayi terbantut
3.Kelahiran Pramatang dan
4.Anak meninggal dalam perut.

“Outcomes” kehamilan pula bergantong kepada tahap kegagalan/kerosakan buahpinggang. Jika kegagalan buahpingang adalah serius( creatinine >250umol/L),risiko komplikasi terhadap ibu adalah tinggi kalau dibandingkan dengan kejayaan mereka mencapai kehamilan normal. Oleh kerana itu mereka ini tidak dibenarkan mengandong. Di samping itu mereka juga mengalami masalah kesuburan oleh kerana ketiadaan haid..Kegagalan/kerosakan  kekal fungsi buah pinggang adalah hampir 25 peratus. Kadar kelahiran pramatang hampir 70 peratus dan kadar terbantut pertumbuhan bayi dalam sekitar 30 peratus. Saya berpendapat oleh kerana puan memerlukan dialysis saya kira puan dalam kategori ini.

Bagaimana kalau puan terlalu ingin untuk mengandong?

Saya berpendapat jalan yang terbaik untuk puan adalah melakukan transplantasi buah pinggang/pemindahan buah pinggang. Terdapat banyak lapuran-lapuran perubatan, wanita yang telah melalui pembedahan transplantasi hamil dengan jayanya. Selepas transplantasi,haid,ovulasi dan kesuburan kembali pulih. Puan dinasihatkan tum untuk buahpinggang berfungsi dengan stabil dan ubat  ‘immunosuppression’ ini  amat penting bagi mengelakkan buahpinggang baru di ‘tolak’/reject oleh badan puan. Kejayaan kandongan puan selepas transplantasi amat bergantong kepada tekanan darah yang terkawal,tiada protin dalam air kencing,tiada ‘rejection’ pada buahpinggang dan paras creatinine dalam darah di bawah 180 umol/L.
Risiko kepada puan semasa mengandong selepas tranplantasi tetap ada. Risiko mengandong luar rahim/ektopik adalah tinggi kerana pembedahan transplantasi itu sendiri membolehkan jangkitan pada pelvis. Kegagalan fungsi buahpinggang semasa mengandong berada pada kadar 15 peratus selepas transplantasi berbanding jika tidak dilakukan. Kebiasanya mengandong tidak menyebabkan ‘rejection’ pada buah pinggang.Darah tinggi,kencing berprotin dan pre eclampsia berada pada kadar 30 peratus dan kadar kencing kotor pada 40 peratus. Disini puan boleh lihat walaupun transplantasi telah dilakukan,ianya tidak menjamin 100 peratus kejayaan dan juga keselamatan puan.
Semasa mengandong puan memerlukan pengawasan ketat dari pelbagai disiplin selain dari disiplin obstetrik. Ulangan antenatal adalah kerap dan ketat setiap 2 minggu dimana pelbagai ujian darah diperlukan bagi memantau keadaan buah pinggang puan. Selain itu tekanan darah, jangkitan kuman,anemia, perlu di pantau.
Kesimpulannya saya cadangkan puan berbincang dengan pakar buah pinggang yang merawat puan kerana merekalah yang akan  memberi jawapan yang sebenar.

Sunday 22 April 2012

Pentingnya tarikh haid dan masalah kehamilan lebihhari



Majoritinya ibu-ibu yang hamil akan bersalin  dalam jangka masa 38 hingga 40 minggu. Kehamilan lebih dari 40 minggu atau kurang dari 38 minggu tidak ramai. Adalah dianggarkan pada sekitar 5 hingga 10 peratus sahaja.
Bila susah sampai tarikh bersalin/due date, semua pasangan akan merasa ‘gelisah’. Perasaan ini bukan sahaja dirasai oleh ibu dan ayah tetapi juga mulai kuatir terhadap kandongan tersebut. Ini di sebabkan oleh kadar mortiliti dan morbidity kepada bayi akan meningkat kalau kehamilan berpanjangan.
Terdapat 2 terminologi yang kami gunakan dalam kes-kes kehamilan yang berpanjangan.
1.       Mengandong lebih hari iaitu dari 40 minggu + 1 hari sehingga 40 minggu + 14 hari.
2.       Mengandong berpanjangan/Prolonged pregnancy iaitu kehamilan  yang melebihi 42 minggu(294 hari)
Kehamilan melebihi 42 minggu adalah jarang berlaku kerana kesumua ubu-ibu akan di ‘induce” pada 40 minggu + 7 hari  hingga 10 hari bagi mengelakkan risiko-risiko berkaitan dengan kehamilan peanjang.
Kita perlu ingat bahawa perkiraan tarikh lahir/due date adalah mengikut dari hari pertama darah haid yang terakhir dan bukanya hari terakhir darah haid yang terakhir. Contohnya ;
Puan Ani mengandong anak pertama mendapati haid terakhir beliau bermula dari 4 Mac 2012 dan berakhir pada 11 Mac 2012. Jadi hari pertama darah haid yang terakhir adalah 4 Mac 2012 dan bukannya 11 Mac 2012. Ibu-ibu sering “confuse” mengenai perkara ini sebab itu saya mesti semak semula haid mereka.
Tarikh dijangka bersalin/due date, tidak boleh di terimapakai sekiranya
1.Ibu tidak ingat tarikh darah haid
2.Haid sebelum mengandong tidak betul/irregular
3. Menggunakan kaedah cegah kehamilan seperti pil,suntikan,implanon
4. Mengandong ketika tengah menyusukan anak.
Oleh kerana itu amat penting bagi ibu-ibu yang mempunyai factor-faktor di atas supaya menjalani imbasan ultrasound diperingkat kandongan bagi membantu doctor mengira  arikh jangkaan bersalin. Ibu-ibu yang menjalani imbasan ultrasound diperingakat Trimester pertama,insiden kehamipan berpanjangan adalah dibawah 5 peratus sahaja.

Apakah risikonya jika kehamilan melebihi  masa/Prolonged pregnancy?
1.Kadar Mortaliti Perinatal meningkat 2 kali ganda
2. Termakan/Aspirasi meconium dan memerlukan bantuan pernafasan menibgkat
3.Oligohidramnios/air ketuban berkurangan
4.Makrosomia/Anak besar
5.”Cephalohaematoma”/Perdarahan dalam otak
6.Anak lemas/Fetal distress semasa bersalin dan
6. Bayi mengalami hipotermia,hipoglisemia,polisitemia dan bantut pertumbuhan

Apakah risiko pada si  ibu?
1.Keresahan dan stress Psikologi
2.Intervensi meningkat kerana
            a.Induksi bersalain
            b.Bersalin menggunakan peralatan seperti vakum/forcep

Apakah risiko yang dialami oleh bayi jika kehamilan melebihi 2 minggu(42 minggu)?
Bayi bayi ini mengalami yang di panggil Sindrom “postmaturity” yang mana mereka menunjukkan tanda-tanda malnutrisi
 Tanda-tanda ini adalah perut kempis,lemak dibawah kulit sedikit,kulit berkedut dan mudah ‘terkoyak’/peeling. Muka mereka ‘anxious and alert look’. Kulit mereka diselaputi oleh meconium.

Kesimpulanya, adalah amat penting bagi bakal-bakal ibu untuk mencatitkan bila mula dan berakhirnya haid mereka dalam handfon atau diari. Jika mereka mempunyai factor-faktor yang boleh menganggu haid dan kesuburan mereka,wajib melakukan imbasan ultrasound dan minta doctor berikan lapuran tersebut untuk rujukan bila buat antenatal check up nanti.

Wednesday 18 April 2012

Masalah keputihan, Apakah puncanya?



Masalah keputihan adalah perkara biasa dan salah satu dari masalah yang wanita selalu berjumpa dengan pakar. Keputihan atau discaj terdapat dalam dua cara.
Discaj fisiologi atau discaj yang normal bersifat keputihan atau jernih dan kadangkala kekuningan keran jankitan kuman. Discaj seperti berlaku pada hari-hari seminggu sebelum haid berlaku dan ianya berlaku setiap bulan. Oleh kerana kadangkala ianya terlalu banyak menyebabkan wanita kurang selesa.gatal dibahagian faraj kerana kelembapan.Apabila ujian keatas discaj ini dilakukan,tiada sebarang bacteria di jumpai.
Discaj patologi adalah discaj yang berpunca dari bacteria,kulat atau organism lain.Discaj ini kebiasaannya menganggu seperti gatal yang teruk,berbau,berwarna kuning dan mempunyai masalah sakit dibawah perut. Ujian keatas discaj ini selalunya menunjukkan kehadiran mikro organisma seperti diatas.Permakanan seperti puan cakapkan tidak menyebakan discaj ini berlebikan atau berkurangan.Jika kemandulan hendak dikaitkan dengan discaj ini mungkin ada kebenaranya sekiranya bacteria ini dapat memasuki pelvis dimana saluran fallopian akan dijangkiti kuman dan tersumbat.
Pada pengalaman saya mereka yang mempunyai masalah discaj mempunyai masalah pada permukaan pintu rahim ,Pintu rahim selalu didapati luka dan ini menyebabkan banyak lelehan lender terhasil. Ada segolongan wanita mempunyai tabiat mencuci jauh kedalam vagina dengan sabun pencuci. Tabiat ini tidak baik kerana ianya menggalakkan lebih banyak lagi bacteria atau organisma lain untuk hidup dalam vagina. Terdapat kuman lactobacilli dalam vagina yang menghasil asid tinggi. Keadaan asidik tinggi dalam vagina menyukarkan kuman-kuman yang tidak baik dari hidup. Dengan mencuci hingga kedalam vagina membunuh kuman-kuman lactobacvilli yang berguna ini.
Oleh saya cadangkan puan pergi berjumpa denga pakar ginekologi untuk pemeriksaan pintu rahim berserta dengan Pap smear dan mengambil contoh discaj unutk kajian di makmal.Dari keputusan makmal nanti barulah kuman sebenar dapat di jumpai dan di ubati.Punca discaj ini biasanya berpunca  dari candidiasis,vaginosis bacterial atau trikomoniasis.



40 tahun ingin mengandong lagi. Apakah risikonya?



Sekiranya Puan N ingin Mengandong buat kali ke empat secara semula jadi adalah tidak boleh kerana saluran fallopian puan telah di ikat.Agak mustahil sekiranya boleh mengandong secara normal. Oleh kerana itu hanya dengan bantuan pakar kesuburan,puan mungkin boleh hamil semula. Sebelum persenyawaan invitro(IVF) diperkenalkan,para doctor akan mencantumkan semula saluran fallopian yang telah diikat tetapi peluang unutk mengndong adalah rendah tambahan pula risiko kandongan luar rahim adalah tinggi. Pada masa kini tiada pakar yang sanggup menyamtumlam semula saluran fallopian ini kerna kerjanya adalah teramat rumit.  Oleh yang pada zaman sekarang persenyawaan invitro banyak digunakan sekiranya puan ingin mengandong lagi. Cara ini tidak memerlukan saluran fallopian yang normal kerana persenyawaan akan berlaku di makmal dan selepas zigot/janin teerbentuk ianya akan dimasukkan kedalam rahim wanita unutk pembesaran.Kaedah memerlukan kos yang tinggi sekira 15 hingga 20 ribu sekali percubaan.
Apakah risikonya sekira puan hamil pada usia 40 tahun?
Pertamanya ialah tahap kesuburan puan turun mendadak kerana kualiti ovum yang terhasil adalah rendah. Oleh yang demikian sukar sedikit untuk mengahasilkan zigot/janin yang baik.Ini akan menyebabkan keguguran kerap berlaku pada usia ynag meningkat.
Keduanya sekira puan mengandong,kecacatan pada baka/gen adalah tinggi seperti sindrom Down. Pada usia 40 tahun risiko Sindrom Down meningkat pada kadar 1 dalam 80. Hanya menggugurkan kandongan itu dapat mengelakkan anak sindrom Down dari dilahirkan.
Ketiganya,masalah perubatan seperti darah tinggi dan kencing manis akan meningkat jika mengandong di usia lewat.
Dikalangan pakar-pakar kesuburan mungkin mereka tidak menasihatkan untuik mengandong lagi kerana kesukaran mendapat janin yang baik.
Keempat sekiranya puan mengandong selepas pembedahan 3 kali. Risiko uri melekar dan uri dibawah adalah tinggi,Ini mengakibatkan pertumpakan darah yang banyak semasa pembedahan nanti.
Oleh kerana itu saya tidak menggalakan puan untuk cuba mengadong lagi kerana sebab-sebab tersebut.





Sifilis dan hubungan kelamin. Ada risiko?


Dr. saya sudah berkahwin 2 tahun lebih dan dikurniakan seorang anak. Saya menghidap sifilis, saya berhubungan intim dengan isteri hanya pada sebulan pertama perkahwinan, bermakna, sudah 2 tahun kami tidak melakukan hubungan intim.
Saya takut setelah dr. memberi tahu kemungkinan anak kami akan mengalami masalah disebabkan penyakit saya. Setelah habis pantang, saya membawa isteri untuk memeriksa darah. Isteri disahkan menghidap herpes simplex. Soalannya, sayakah pembawa kepada penyakit yang menjangkiti isteri saya?
Untuk pengetahuan Dr saya tiada herpes. Isteri menyatakan dia tiada hubungan dengan sesiapa melainkan saya. Saya tertekan, rasa bersalah, apa yang harus saya lakukan?

M
  
Penyakit sifilis adalah penyakit pembawaan seks disebabkan oleh bacteria Treponema pallidum.Sifilis boleh jangkiti seseorang melalui kontak dengan kudis sifilis yang biasanya didapati pada penis,vagina,dubur dan rectum.Kebanyakkan pembawa kuman sifilis ini tidak mempunyai atau mengetahui tanda-tanda untuk beberapa tahun pertama dan komplikasi sifilis masih boleh terjadi kemudian jika tidak dirawat. Rawatan sifilis pada peringkat awal amat mudah. Satu suntikan penisilin sudah cukup mengawal penyakit ini. Saya rasa Encik M telah mendapat rawatan antibiotic pada peringkat awal sebelum berkahwin.Sekiranya rawatan telah diambil dan sebulan pertama perkahwinan tuan tidak terdapat kudis-kudis sifilis ini maka transmisi kepada isteri tuan adalah terlalu kecil. Kebiasaannya hospital akan melakukan ujian darah untuk mengetahui sama ada isteri tuan di hinggapi sifilis atau tidak semasa rawatan susulan antenatal. Sekiranya penyakit sisfilis tidak di ubati semasa mengandong,sifilis boleh berjangkit kepada bayi. 
Tuan boleh melakukan ujian sifilis semula untuk mempastikan sama ada sifilis ini masih aktif atau tidak. Ujian darah ini dapat  mengukur kandongan antibody sifilis dalam badan tuan. Masalahnya paras  antibodi mungkin tidak hilang selepas beberapa tahun sifilis dirawat dengan jayanya.Sekiranya tuan berapa dalam keadaan baik saya rasa tuan tidak perlu takut untuk bersama isteri dan isteri untuk mengandong anak kedua.
Penyakit Herpes Simplex juga penyakit pembawaan seks dan ianya berpunca dari virus Herpes Simplex(HSV). Terdapat 2 jenis HSV iaitu HSV 1 dan HSV 2. HSV 2 adalah virus yang paling biasa sekali terutama pada golongan wanita. HSV 2 menyebabkan ulser-ulser genital dan HSV 1 menyebabkan ulser-ulser pada mulut dan bibir. Kesemua ulser-ulser akan hilang dalam masa 2 hingga 4 minggu tanpa rawatan.  Perlu di ingat yang HSV ini  juga dijangkiti melalui dari kulit-kulit yang luka . Secara amnya jangkitan HSV 2 boleh dijangkiti dari pasangan yang juga mengalami HSV 2 yang tidak mempunyai ulser dan mereka tidak tahu sama ada mereka ada virus ini.
Kalau tuan tertekan kerana perkara ini saya cadangkan tuan dan isteri berjumpa dengan pakar penyakit infeksi bagi melakukan ujian seterusnya.Sekira tidak ada membawa apa-apa masalah,tuan boleh melakukan hubungan intim seperti biasa. Bagi mengurangkan risiko-risiko transmisi virus atau bacteria ini,kondom adalah cara yabg terbaik yang menghalang mereka dari merebak ke orang lain.


Pil perancang gangguan pada haid


Soalan 7/rozi
Puan Rozi,sememangnya semua pil perancang keluarga seperti Regividon boleh menyebabkan haid menjadi pendek,sedikit dan lama kelamaan haid boleh berhenti. Ini disebabkan pil hormon ini menghalang ovary-ovari dari aktif terutama dari ovulasi.Setiap bulan ovulasi perlu terjadi untuk haid yang normal iaitu 5 hingga 7 hari,jumlahnya 30 mls setiap haid dan ianya berlaku setiap 28 hari. Apabila ovulasi terhalang,menyebabkan dinding rahim/emdometrium ynag nipis. Lagi lama seseorang itu mengambil pil tersebutmaka  semakin nipislah dinding tersebut dan boleh terus terhenti.Haid yang terjadi semasa mengambil pil perancang keluarga adalah kerana hormone-hormon estrogen dan levonorgestril yang ada dalam pil tersebut.
Jumlah yang sedikit ini tidak perlu puan risau kerana ianya bukannya penyakit dan akan kembali normal setelah puan berhenti mengambil pil hormone tersebut tetapi ianya mengambil masa yang lama untuk ovary-ovari kembali pulih seperti biasa.
Selain daripada itu perlu saya ingat kepada puan bahawa pengambilan pil perancang kelurga tanpa pemantauan doctor adalah tidak digalakkan kerana ianya dikaitkan dengan peningkatan kecil kanser pinturahim dan payudara.Oleh kerana itu saya sarankan puan melakukan saringan Pap smear untuk kaser pintu rahim dan mammogram untuk kanser payudara. Terdapat juga kebaikkannya bila mengambil pil ini iaitu ia boleh mencegah kanser ovary dan rahim.
Terdapat beberapa pilihan bagi untuk masalah ini.
Pertama. Puan boleh teruskan pil ini dan terima haid seperti sedia ada kerana ianya perkara ynag berlau tetapi adalah normal.Puan mesti selalu berjumpa doctor untuk Pap smear dan mammogram
Kedua. Puan berhentikan pil perancang ini dan menggunakan kaedah perancang lain tanpa hormone seperti Alat Dalam Rahim(IUCD).Saya rasa puan tidak ada keinginan untuk mengandong lagi kerana usia puan.Kaedah lain seperti suntikan hormon Depoprovera,Implanon boleh menyebabkan haid puan  lagi bertambah teruk.


Saya mengandong dan juga mempunyai HPV.Apakah kesan pada kandongan saya?


Saya berusia 29 tahun dan disahkan hamil 9 minggu. Baru-baru ini doktor mengesahkan saya menghidap HPV selepas Ujian Pap Smear menunjukkan keputihan yang abnormal. Minggu depan saya dijadualkan untuk menjalani ujian Colposcopy. Saya sangat tertekan kerana masih belum pasti sama ada ia bersifat kanser atau tidak.
1.Adakaha HPV akan menjejaskan kandungan seperti risiko keguguran, lahir pramatang dan komplikasi lain.
2.Adakah virus ini akan dipindah kepada bayi saya.
3.Adakakah benar kelahiran menerusi pembedahan lebih kurang risikonya berbanding normal

Assalamualaikum Puan,
Ujian Pap smear bertujuan untuk mencari bukti-bukti awal yang sel-sel dipintu servik mempunyai potensi untuk merubah kearah sel-sel kanser. Tetapi dari ujian Pap smear ini kadangkala terdapat tanda-tanda sel-sel ini telah dijangkiti virus HPV. HPV atau Human Papilloma Virus adalah penyebab utama sel-sel normal menjadi sel-sel kanser. Bagi mempastikan sama ada seseorang itu dijangkiti virus ini, maka ujian khas yang dipanggil Ujian DNA HPV boleh dilakukan. Keputusan dari ujian DNA ini dapat memberi tahu kita ‘sub-type” HPV yang ada pada pintu servik. Sub-type HPV 16 dan 18 adalah paling berisiko tinggi. Terdapat Sub-type yang lain mempunyai risiko sederhana. Terdapat sub-type HPV 9 dan11 ang menyebabkan ketuwat /genital warts pada bahagian kemaluan.
Puan, sekiranya puan disahkan mempunyai HPV,ianya BUKAN bermakna puan pengidap kanser servik!
Seperti jangkitan-jangkitan virus lain seperti HIV,bukannya orang itu mengidap AIDS. Virus-virus HIV,HPV mahupun Hepatits B boleh dibawa atau dihidapi oleh semua orang tetapi hanya sebahagian kecil pengidap virus-virus ini akan progress menjadi penyakit serius. Contohnya pengidap HIV akan progress kepada AIDS,HPV akan progress kepada kanser servik dan Hepatitis B kepada kanser hati.
Oleh itu jika ujian DNA HPV ini positif maka kami akan tekankan kepada pesakit bahawa mereka tidak boleh abaikan Pap smear mereka. Sebabnya kami tidak tahu bila sel-sel yang dijangkiti HPV akan progress kepada sel-sel kanser. Pemantauan ini amat penting bagi wanita pengidap HPV. Ada  juga doctor yang melakukan kolposkopi bagi melihat dengan lebih jelas dan tepat kawasan-kawasan di pintu servik yang tidak normal. Kawasan ini perlu diambil biopsy sekiranya perlu. Bagi saya cukup hanya pemantauan dengan Pap smear sudah cukup sehingga terdapat bukti suatu hari nanti ianya telah menyebabkan sel-sel ini  berubah kepada fasa pra-kanser. Lagi pun puan mengandong mungkin kurang sesuai kalau dilakukan biopsy.Perdarahan boleh berlaku dan kalau perlu elok dilakukan selepas bersalin
Apa yang puan kuatirkan tentang masalah yang boleh timbul seperti keguguran dan kelahiran pramatang adalah tidak benar. Tidak juga HPV ini menyebabkan kecacatan pada bayi. Bayi puan dapat dapat menghasilkan sendiri antibody untuk melawan HPV ini. Kalau terdapat HPV Subtype 9 dan 11 maka ianya boleh menyebakan ketuat dalam kod vocal si bayi tetapi ini amat jarang berlaku. Masalahnya kami tidak mempunyai apa-apa rawatan untuk pembawa HPV kecuali puan mempunyai ketuat genital tadi.
Oleh kerana kebarangkalian bayi ini dijangkiti HPV adalah terlalu rendah dan kesan sampingan adalah minimal dan terlalu kecil maka kami membenarkan kelahiran secara normal berlaku.Ini berlainan dengan jangkitan HIV dimana keberangkalaian pembedahan caesaerean adalah tinggi bagi mengelakkan HIV menjangkiti bayi. Itupun bergantung kepada jumlah HIV yang ada dalam pesakit.Jika jimlahnya kecil maka mereka ini boleh melahirkan secara normal.
Selepas bersalin nanti puan cadang ambil suntikan pelalian HPV.
Saya harap penjelasan ini tidak mencelarukan puan dan sukar unutk saya juga tidak memasukkan terma-terma saintifik bagi menjelaskan keadaan puan. SEcara amnya puan tidak perlu kuatir apa-apa tentang kandongan puan dan teruskan sahaja kandongan ini.

Sukar melakukan hubungan seks kerana ada sesuatu yang menghalang


Saya surirumah berusia 37 tahun, dan mempunyai tiga anak dan ketiga-tiga mereka dilahirkan secara normal dan tiada apa-apa komplikasi. Apa yang menjadi masalah saya sekarang ialah di bahagian pintu kemaluan saya seperti ada daging yang membesar yang tersumbat seolah menutupi laluan itu. Untuk pengetahuan doktor saya tiada masalah haid. Haid saya normal setiap bulan dan tiada masalah senggugut atau sakit. Cuma yang merungsingkan saya, apabila ingin berhubungan intim bersama suami kerana suami tidak dapat memasukkan zakar sepenuhnya akibat terhalang oleh daging itu. Tolonglah saya doktor, apa yang harus saya lakukan.


Sukar bagi saya bagi memberikan yang tepat tentang masalah puan sekiranya saya tidak dapat melalukan pemeriksaan keatas puan . Saya mempunyai beberapa diagnosa yang mana  saya rasa salah satunya mungkin betul. Oleh kerana itu puan perlu berjumpa dengan doctor pakar ginekologi untuk pemeriksaan secara tepat.
 Dari pengalaman saya, terdapat wanita yang mengalami masalah “prolapse” mengadu yang suami mereka sukar melakukan hubungan seks kerana ada ‘benda’ yamg menghalangnya. “Prolapse” adalah keadaan dimana system peranakan iaitu rahim dan servik mengalami kejatuhan/turun kedalam vagina. Ini disebabkan oleh ligamen-ligamen dan tisu-tisu yang menyokong sistem peranakan ini menjadi lemah akibat dari bersalin yang lalu. Bila sokongan ini lemah maka rahim berserta dengan servik akan jatuh kebawah. Bukan itu saja,selalunya pundi kencing didepan dan rectum di belakang akan di heret bersama dengannya.Mereka akan mengadu tentang terdapat sesuatu didalam vagina mereka. Sekira mereka meneran semasa di bilik air,terdapat ‘ketulan” merah terkeluar dari vagina. Kebiasaanya ini adalah pundi kencing yang nampak dahulu .Pemeriksaan seterusnya menunjukkan terdapatnya “prolapse” peranakan. Kadangkala terdapoat mereka ini mengalami inkontinen atau ada juga sukar membuang air kecil. ”Prolapse” ini kebiasaan terjadi kepada wanita yang melahirkan ramai anak, kerja berat,menopos dan mempunyai keluarga yang mengalami masalah yang sama.
Keduanya,terdapat ketumbuhan pada servik. Kebanyakkannya adalah masalah polip servik. Polip jarang sekali menggangu semasa hubungan seks kerana majority nya bersaiz kecil dan wanita lazimnya akan mengadu tentang perdarahan berlaku selepas hubungan seks. Terdapat yang mengalami kesakitan semasa hubungan intim ini. Ada diantara mereka juga mengalami keputihan yang banyak. Fibroid juga boleh terkeluar melalui pintu servik. Fibrod boleh mencapai saiz yang besar dan boleh menganggu hubungan seksual.Biasanya mereka ini mengalami haid yang terlalu banyak dan senggugut.
Diagnosa yang lain adalah sista’ Nabothian ’.Sista adalah merupakan gelombong-gelombong lendir pada permukaan pintu servik. Sekiranya jumlahnya banyak. servik menjadi besar tetapi tidaklah sampai menganggu hubungan seksual. Perlu saya ingatkan kanser servik  juga membuatkan servik besar tetapi tetapi ianya mempunyai gejala-gejala yang lain.
Apa yang saya cadangkan pada puan adalah berjumpa dengan doctor pakar kerana terdapat pelbagai-bagia sebab dan kami tidak akan tahu sekiranya tidak diperiksa. Kesemuanya memerlukan pembedahan sebagai rawatanya.



Bagaimana ujian kencing positif tetapi saya tidak mengandong?



Pada pendapat saya,puan tidak mengandong dan tidak juga mengalami keguguran. Darah yang keluar semasa puan buang air kecil adalah darah haid yang tidak habis lagi.Dari apa yang puan tuliskan, saya berpendapat puan mengalami masalah kitaran haid. Disini puan tidak terangkan sama ada kitaran haid adalah normal iaitu berlaku setiap 28 hari dan turun selama 5 hingga 7 hari. Bilamana seseorang wanita itu mengalami kelewatan haid,mereka percaya mereka mengandong di tambahkan lagi mereka mempunyai simtom-simtom mengandong seperti loya,kadangkala muntah, payudara bengkak dan sakit dan perut membesar. Gejala-gejala seperti diatas selain dari mengandong ianya juga adalah gejala-gejala sindrom pra haid. Ini berpunca dari kenaikan kadar hormone-hormon estrogen dan progesterone. Hormon-hormon ini meningkat disebabkan benih-benih /folikul dalam ovari aktif dan membesar. Oleh kerana puan mengalami  tanda-tanda seperti orang   mengandong.Tidak hairanlah jika ujian air kencing puan adalah negative. Tetapi terdapat segelintir wanita yang mempunyaisimtom mengandong dan ujian kencing positif tetapi tidak mengandong! Ujian kencing tadi semua menunjukkan positif yang lemah. Pada strip ujian itu TEST line nya samar-samar sahaja dan bukannya terang macam betul-betul mengandong.
Ini selalunya terjadi di kalangan wanita yang mempunyai masalah kesuburan. Masalah infertiliti ini mempunyai kaitan dengan meningkatnya hormone Lutenizing(LH) yang mempunyai struktur asas yang seakan sama dengan hormone mengandong iaitu hormone beta hCG. Jadi ujian kencing akan menjadi positif tetapi positifnya adalah lemah.
Berbalik kepada  puan yang enggan melakukan D &C bila mengalami 'keguguran' dulu,puan tidak perlu kuatir kerana puan telah pun mendapat beberapa kali haid jadi tidak mungkin ada lagi bekas-bekas kandongan ini.
Persoalan saya disini, Adakah puan sememangnya mengandong di waktu itu?.Adakah ujian kencing positif? Adakah imbasan ultrasound di lakukan bagi mempastikan betul-betul puan mengandong?Seperti saya katakan tadi bila haid terlewat bukan makna kita mengandong.
Apa yang saya cadangkan puan berjumpalah pakar bagi membantu puan dari segi kitaran haid dan juga untuk mendapatkan zuriat kerana usia perkahwinan telah melebihi setahun

Buasir ketika hamil.Ada tak ubatnya?




Saya sedang hamil anak ketiga dan setiap kali hamil, saya akan berhadapan dengan masalah buasir. Baru-baru ini, saya dapati daging yang mengelilingi saluran faraj seakan tersembul keluar. Ia tidak sakit  tetapi saya bimbang. Adakah ia disebabkan tekanan buasir dan bayi yang semakin membesar ? Adakah ia kekal atau akan kembali normal selepas bersalin?

Puan M


Sememang kerap saya dapati wanita yang mengandong mengalami masalah buasir.Buasir menyebabkan ketidak selesaan jika ia terkeluar melalui dubur dan menyebabkan kesakitan dan perdarahan jika buasir ini tersumbat dan luka selepas membuang air besar. Buasir boleh terluka bila najis terlalu keras. Tambahan ketika mengandong disebabkan kulit dubur menjadi kendur kerana hormone,tekanan dari bayi pada dubur dan masalah sukar air besar menyebabkan buasir lebih teruk lagi.Kami kebiasaannya memberi ubat seperti Dafilon,ubat memudahkan buang air besar dan ubat supositori untuk dimasukkan kedalam dubur.
Buasir terjadi bila saluran darah vena bengkak dan timbul serta bengkak-bengkok/tortuous. Ini menyebakan saluran ini mudah  tersumbat kerana pembekuan darah. Kejadian ini bukan saja berlaku di dubur tetapi ianya boleh berlaku di kaki dan bibir faraj seperti puan alami. Pada kaki ianya timbul pada permukaan betis dan selalunya puan akan mengalami kesakitan semasa berjalan. Jika ia timbul di bibir faraj,bibir faraj akan membengkak dan puan berasa tidak selesa bila terkena seluar dalam. Perdarahan jarang berlaku ditempat sebegini. Jika puan lihat dalam cermin, ia membentuk jaringan urat-urat darah berwarna biru/hijau.
Lagi hampir puan ke tarikh bersalin lagi bertambah teruk. Ini tidak memudaratkan kandongan puan, Cuma kami cuba mengelakkan melakukan epiosotomi kalau boleh bagi mengelakkan perdarahan yang banyak jika terkena urat-urat darah ini terpotong atau koyak.
Semua masalah itu tadi selalunya akan hilang selepas bersalin nanti.

Pil perancang menyebabkan saya kurang nafsu



Sukar untuk dipastikan dengan tepat sama ada pil perancang yang puan ambil adalah punca kepada dingin hubungan intim dengan suami. Keinginan atau kemahuan untuk melakukan hubungan seksual di kenali dengan libido mempunyai hubungan lansung dengan emosi puan pada masa itu. Emosi memainkan peranan yang amat penting dalam hubungan seksuai kalau dibandingkan dengan perubahan kecil hormon testosterone  bila pil perancang diambil. Apa yang saya maksudkan disini adalah peranan penurunan kecil  testosteron adalah kurang penting dari isu-isu emosi dan hubungan dengan pasangan kita.
Sememangnya kita mengetahui bahawa pil perancang boleh menyebabkan penurunan libido dan keseronokkan hubungan seksual. Pil perancang mengurangkan produksi testosterone yang merupakan hormone penting dalam libido bagi perempuan dan lelaki. Hormon estrogen juga menyebabkan protin ‘sex hormone binding globulin” yang mengikat testosterone meningkat tinggi. Kesan dari padanya hormone testosterone berkurangan.
Sebelum puan mengatakan pil perancang adalah punca dingin puan, saya rasa puan perlu lihat factor-factor lain seperti
·         Hubungan puan dengan suami dan masalah emosi puan yang komplikated dan sukar untuk ditafsirkan
·         Stress yang puan alami terutama menjaga bayi yang masih kecil dan menyusu badan,sebagai ibu anak-anak lain yang mempunyai pelbagai kerenah dan sebagai isteri yang bertanggong jawab terhadap suami termasuklah dari segi hubungan intim
·         Fatigue/Keletihan
·         Perubahan fizikal yang ketara yang merubah bentuk badan seperti masalah kegemukkan.
·         Depression/kemurungan
Sekiranya puan berasa pil ini adalah puncanya, saya cadangkan puan berjumpa doctor unutk nasihat,Puan boleh tukar dari pil hormone ke kaedah lain seperti kondom atau IUCD.Mungkin puan boleh bertukar kehormon yang lain mengadongi hormone estrogen dan progesterone yang rendah. Jangan puan berhentikan pil ini sertamerta tanpa berjumpa dengan doctor kerana jika terjadi kandongan yang tidak jangka, boleh terus membunuh libido puan! Puan perlu berbincang dengan suami dan lebih memberi perhatian supaya dapat membangkitkan hubungan intim seperti dahulu.

Berdarah selepas bersama


Soalan 2
Doktor,
Saya wanita berusia 35 tahun. Saya berkahwin pada usia 30 tahun (2005) dan anak pertama lahir setahun kemudian melalui kaedah caesarian. Pada tahun 2009 saya mengalami keguguran tetapi tidak ada D&C. Sehingga sekarang saya berusaha untuk hamil lagi tapi tidak berjaya. Sekarang, setiap kali selepas melakukan hubungan kelamin dengan suami, keesokan harinya saya dapati ada 'brownish stain' pada seluar dalam saya. Adakah saya mempunyai masalah dalam rahim? Saya rasa sangat risau mungkin ianya punca saya tidak hamil lagi. Doktor, tolonglah saya.

Tq
Halimah

Puan Halimah
Masalah pertama puan tentang kesuburan saya berpendapat tidak kena mengena dengan pembedahan caesarean puan mahupun keguguran.Memang benar jangkitan kuman pada saluran peranakan kerana caesarean dan keguguran boleh berlaku tetapi ianya adalah amat terpencil.
Ada sebab lain yang menyukarkan puan unutk mengandong,Kebiasaannya adalah masalah haid yang tidak menentu selepas bersalin ,Ini kerap berlaku apabila berat badan mula naik dengan mendadak.Lemak yang berlebihan menganggu telur dan haid.Oleh itu cuba dapatkann semula berat badan yang ideal dengan berat dan tinggi puan.Sekecil penurunan   saya cadangkan 10 peratus dari berat sekarang. Masalah ovulasi yang terganggu boleh di lihat ujian darah. Disamping itu sperma suami puan perlu dilihat sama ada normal atau tidak. Dengan kata lain puan perlu berjumpa dengan doctor  bagi melakukan ujian dan rawanatan kesuburan.
Masalah kedua iaitu perdarahan kecil selepa s hubungan kelamin juga mempunyai beberapa sebab. Paling penting sekali ialah kita perlu mengesahkan ianya bukan brpunca dari kanser pintu rahim dengan melakukan ujian Pap smear.Sekiranya puan tidak pernak lakukan eloklah puan lakukan segera.Kebanyakkan masalah perdarahan selepas hubungan kelamin bukan berpunca dari kanser tetapi kerana jangkita kuman pada pintu rahim dan vagina.Jangkitan kuman ini menyebabkan radang pada pintu rahim dan menyebabkan berdarah bila disentuh. Selain dari pada itu jangkitan candida juga boleh menyebabkan perdarahan.Pemeriksaan pada pintu rahim dapat membantu kita sama ada terdapat ketumbuhan tidak kanser seperti polip. Masalah ini tidak menganggu kesuburan puan.

Darah tinggi dan pil perancang.Adakah boleh diambil?



Saya berusia 35 tahun dan ada 4 anak. Saya bercadang mengambil pil perancang kerana bilangan anak sudah cukup tetapi masih menyusukan anak yg berusia 1 thn dan ada tekanan darah tinggi yg bacaannya disekitar 150/80.Setiap kali mengandung dari anak pertama hingga ke4 saya memang ada darah tinggi tetapi terkawal,bersalin normal dan darah tinggi akan hilang tetapi tidak hilang untuk anak yg ke4.Saya ingin bertanya pil perancang apakah yg sesuai dengan keadaan saya sekarang dan perlukah saya mengambil ubat darah tinggi dan ubat darah tinggi apakah yg sesuai untuk saya?Saya juga tidak datang haid seperti biasa selagi saya menyusukan anak seperti anak ke3dahulu 2 tahun saya tidak datang haid adakah ia normal?
       
Lisa
Bangi


Puan Lisa,
Pada pendapat saya,cara merancang yang paling bagi puan merancang adalah tanpa menggunakan sebarang hormone kerana hormon-hormon yang diambil  boleh meningkatkan tekanan darah puan.Maknanya seseorang yang mempunyai tekanan darah tinggi tidak digalakkan mengambil hormone tidak kira untuk merancang keluarga ataupun selepas menopos. Ini bukan bermakna puan tidak boleh lansung mengambil pil perancang tetapi kalau ada alternative lain yang tidak menggunakan hormone adalah digalakkan. Terdapat beberapa cara yang tidak menggunakan hormone iaitu alat dalam rahim/IUCD,ikat saluran peranakan dan kondom. Diantara tiga ini saya syorkan puan ikat saluran peranakan kerana puan adalah pesakit darah tinggi dan sudah mempuyai 4 orang anak. Saya rasa mungkin puan dan suami rasa ianya telah mencukupi. Kaedah ini kekal buat selamanya.Pilihan lain adalah menggunakan alat dalam rahim. Ianya boleh digunakam selama 3 tahum sebelum diganti baru. Ini bermakna puan memerlukan 4 hingga 5 gantian sebelum puan disahkan tidak boleh mengandong lagi. Kaedah ini bersifat sementara dan boleh dibuang bila-bila masa jika seseorang itu ingin mengandong lagi. Saya tidak menggalakkan puan untuk mengnadong lagi kerana masalah tekana darah tinggi puan.Masalah darah darah tinggi semasa mengandong boleh membahayakan nyawa ibu dan juga bayi yang dikandong.Darah tinggi yang serius boleh membawa kepada eklampsia.
Sekiranya puan terpaksa mengambil hormone sebagai kaedah mengelakkan kehamilan,maka puan perlu mengambil ubat darah tinggi sekali. Cara ini dapat mengurangkan tekanan darah.Saya nasihatkan puan berjumpa dengan doctor untuk rawatan darah tinggi puan dan disamping itu bincang tentang kaedah cegah kehamilan.Terdapat pelbagai ubat darah tinggi dan doctor perlu dapatkan ubat yang tidak memberi masalah pada bayi puan yang tengah menyusu.
Darah haid akan terhenti jika puan memberi susu badan sepenuhnya. Ini bergantong berapa kerap dan lama bayi puan menyusu. Sekira nya puan telah memberi bayi puan susu botol atau makanan,haid akan cepat datang kerana bayi puan akan kurang menyusu. Kesannya sekira haid tidak datang dalam masa yang panjang adalah osteoporosis.Ini adalah sementara dan selepas haid datang semula ,osteoporosis akan pulih. Selain itu kulit akan selelu kekeringan terutama bila bersama suami.

Soalan 2

Obesiti dan kesuburan


Saya ingin bertanya mengenai tahap kesuburan saya. Saya berkahwin pada Ogos 2006. Selepas 2 tahun saya masih tidak dikurniakan cahayamata sehinggalah saya mendapatkan rawatan kesuburan. Anak saya kini berusia 2 tahun. 
  Untuk pengetahuan Dr, kitaran haid saya tidak teratur dari awal perkahwinan hingga kini iaitu 30-40 hari dan mengikut Dr perbidanan, saya tidak punya waktu subur. Dr juga memberitahu bahawa telur saya tidak matang menyebabkan tidak berlaku percantuman telur dan sperma. Buat pengetahuan Dr, ujian sperma suami saya normal dari segi kuantiti, kualiti dan aktiviti.
  Ketika rawatan kesuburan mendapatkan anak pertama saya menjalani ujian HSG untuk menguji kesihatan tiub fallopian dan ia adalah normal. Saya diberikan pil hormon Clomid dan suntikan memandangkan percubaan pertama hanya makan pil hormon tidak berjaya dan menyebabkan rahim saya menipis. Sehinggalah dengan kuasa Allah saya dapat juga menimang cahaya mata pertama. 
  Apa yang memusykilkan saya ialah sehingga kini saya masih berusaha untuk mendapatkan anak kedua tapi masih tidak berhasil. Saya tidak mengambil pil perancang mahupun implan. Untuk pengetahuan Dr juga berat badan saya 70kg dengan ketinggian 148cm. Apa yang harus saya lakukan memandangkan kos rawatan kesuburandi klinik@hospital swasta tinggi dan saya dan suami kakitangan kerajaan yang bergaji rendah. Adakah saya perlu kembali menjalani rawatan kesuburan seperti cahaya mata pertama?   

K

Lima belas hingga dua puluh peratus pasangan yang berkahwin mengalami masalah kesuburan. Dalam setahun usia perkahwinan,di  anggarkan 80 peratus pasangan  berjaya mengandong. Masalah kesuburan ini agak kompleks kerana ianya melibatkan kedua-dua pasangan dan sangat memberi tekanan fizikal.psikologi dan juga kewangan.
Masalah puan sukar untuk mengandong kali ini, saya berpendapat adalah masalah ovary puan. Ovari puan mengalami kesukaran untuk ber ovulasi. Ovulasi bermakna terhasilnya benih-benih atau ova untuk persenyawaan dengan sperma. Kalau dulu puan telah menjalani ujian HSG dan didapati ianya berfungsi dan suami puan juga mempunyai sperma yang mencukupi maka yang bermasalah adalah ovulasi’
Saya berpendapat punca utama adalah puan mempunyai BMI yang tinggi Saya kira BMI puan adalah 32 dan ini berada dalam kategori Obesiti 2. Lemak berlebihan dibawah kulit akan sintesis hormone estron iaitu sejenis hormone estrogen tetapi ovary menghasil hormone estrogen.Mereka mempunyai fungsi yang berlainan. Walaupun benih-benih dari ovary ini bercambah setiap bulan, ianya tidak mempunyai kualiti yang baik untuk persenyawaan. Kalau dikira kitaran haid puan ,ianya panjang dan tidak menentu. Bila ovulasi sukar berlaku atau tidak berlaku maka kitaran ini agak panjang dan haid turun dengan banyak.
Kebiasaannya mereka ynag mempunyai kitaran setiap 28 hari waktu subur bermula dari hari ke 11 dan berakhir pada hari 17 setiap bulan. Puan perlu rekodkan purata kitaran haid puan.Contohnya kitaran haid puan purata kitaran adalah 35 minggu. Kebiasaanya ovulasi berlaku 14 hari sebelum haid. Pada tarikh jangkaan ovulasi berlaku puan boleh bersama suami untuk mencubanya. Di farmasi terdapat set-set penentuan kesuburan yang puan boleh beli ..
Disini saya cadangkan puan mencuba mengurangkan kadar BMI puan ketahap yang mana kitaran puan boleh berlaku setiap 28 hari. INi mungkin memerlukan pengurangan sebanyak 10% dari berat sekarang.Kalau turun ketahap BMI yang normal iaitu 25 mungkin agak sukar tetapi tidak mustahil. Ada beberapa pesakit saya bersungguh-sungguh menurunkan berat badan didapati mengandong tanpa bantuan ubat kesuburan, Begitulah pentingnya perkaitan barat badan dengan kitaran haid dan kesuburan. Disamping itu puan akan mendapat kebaikan kesihatan  sekiranya puan cergas dan sihat tanpa penyakit seperti darah tinggi,kencing manis dan kadar kolesterol ynag tinggi.
Sekiranya puan betul –betul sukar untuk mengandong selepas BMI puan menjadi normal, kemudian barulah puan mencuba semula Clomid atau suntikan bagi mengeluarkan benih-benih ini. Puan faham yang Clomid boleh menyebabkan berat badan meningkat sekira diambil banyak kali. Puan juga tahu betapa sukarnya doctor unutk menghasilkan benih-benih jika BMI kita tinggi .Berjumpalah dengan doctor untuk bantuan

Terlupa pil ,inilah akibatnya


Saya sudah mengambil pil perancang selama 20 bulan sehingga  1 hari saya terlupa untuk mengambil ubat. Hari berikutnya saya gandakan pengambilan ubat dan makan sehingga habis 1 tablet iaitu pada 20hb Mac 2011. Pada keesokan harinya sehingga 4hb April saya dapati tidak juga datang bulan biasa. Saya ada memakan buah durian,air berkarbonat dan maajun namun tidak juga datang bulan. Saya mula rasa loya, mual dan pening2. Pada 6 April saya ke klinik untuk melakukan ujian kehamilan dan disahkan positif. Adakah kandungan saya akan mengalami komplikasi di sebabkan saya terus memakan pil (marvelon) dan air berkarbonat serta maajun. Bagaimana untuk mengira usia kandungan? Kali terakhir saya datang bulan ialah pada 23hb Februari, dan saya mula makan ubat( marvelon) pada 1 Mac. Terima kasih Dr.

Jun 

Salam sejahtera Puan Jun dan tahniah .Saya harap puan Jun dapat menerima kehamilan ini dengan senang hati dan ikhlas. Saya rasa bilamana anak ini lahir, perbezaan dengan anak terdahulu adalah dalam 30 bulan. Jarak begini adalah amat baik.
Masalah pil hormone dos rendah seperti Mercilon adalah seseorang itu boleh termengandong sekiranya terlupa walaupun satu atau dua hari. Pil jenis ini hanya cukup menahan seseorang itu dari termengandong hanya satu hari jadi kalau pengambilannya tidak mengikut masa, tambahan kalau terlupa boleh menyebabkan kandongan yang tidak disangka.
Untuk pengetahuan puan,pengambilan Mercilon dan air berkabonat tidak merosakkan kandongan puan tetapi ma’ajun saya kurang pasti sebab saya tidak tahu isi kandongan yang terdapat dalam ma’ajun ini. Saya rasa ianya adalah berasal dari tumbuh-tumbuhan tetapi puan perlu pastikan kandongan ma’ajun itu tidakmengandongi bahan-bahan kimia yang terlarang semasa mengandong. Puan boleh pastikan dengan pengeluar m’aajun ini.Dari segi perubatan, isi kimia terdapat dalam maajun inimungkin  terlalu kecil untuk merosakkan kandongan puan. Semua bahan kimia atau hormone di siahkan oleh hati dan ginjal . Seperti saya katakana tadi sila pastikan kandongan dengan pengeluar maajun ini. Sekiranya ianya mengadongi bahan kimia yang merbahaya kepada janin maka puan ada sebab untuk menggugurkan kandongan puan. 
Pengambilan jamu atau ma’ajun atau ubatan Cina kerap berlaku  kepada wanita yang tidak mahu lansung atau takut termengandong jika didapati haid terlewat. Bagi saya kalau seseorang sudah kelewatan haid,pastikan ujian mengandong dilakukan sebelum pengambilan bahan-bahan tersebut, Kalau setakat hormone-hormon atau ubatan moden kami mempunyai fakta-fakta yang boleh membantu kami sama ada ianya merbahaya atau tidak kepada kandongan puan Dari segi pengambilam makanan yang dianggap biasa seperti nenas atau air berkabonat kami tidak risau kerana tidak ada bukti ianya boleh menggugurkan kandongan puan. Tetapi ramai menggunakan kaedah ini.

Setelah diikat peranakan,adakah saya boleh mengandong lgi?



Ikat saluran peranakan

Sebelum saya menjawab masalah puan, biar saya beri pandangan  saya mengenai ikat tali peranakan sebagai langkah mencegah kehamilan untuk pembaca-pembaca yang mempunyai masalah yang sama atau yang akan mengalami pembedahan caesarean kali yang ketiga.Ramai orang masih keliru tentang kaedah ini,kesannya dan ingin mengandong semula selepas di ikat.
Sesungguhnya kami para doctor mempunyai dilema bilamana menasihatkan seseorang ibu hamil yang masih muda dan produktif untuk melakukan ikatan saluran peranakan pada masa pembedahan caesearean yang ketiga. Kita sedia maklum secara amnya kami menasihat seseorang ibu menghadkan bilangan anak bila pembedahan caesarean perlu dilakukan setiap kali ibu itu mengandong. Kebiasaannya doctor menghadkan kepada 3 orang tetapi trend sekarang, kami membenarkan sehingga empat orang sekiranya si ibu tidak mempunyai masalah kesihatan yang serius dan pembedahan atau kelahiran yang terdahulu tidak mengalami komplikasi yang membayahakan si ibu.Ini perlu dapat penjelasan dari doctor yang merawat.
Punca –punca kami menghadkan bilangan anak adalah kerana beberapa sebab.
1.       Kerap kali dibedah pada tempat yang sama,segmen bawah rahim/uterus menjadi semakin nipis dan kejadian adhesions/usus,lemak usus dan pundi kencing melekat pada tempat caeseraean ini. Pembedahan didapati lebih sukar dan mempunyai komplikasi yang tinggi kerana kecederaan pada organ-organ tadi. Segmen bawah rahim yang tipis boleh menyebabkan rahim ,pecah; jika berlaku kontraksi.
2.       Risiko uri melekat dibawah atau plasenta praevia adalah tinggi dan terus meningkat dengan bilangan pembedahan  caesarean yang dialami.Plasenta previa mempunyai risiko perdarahan yang serius ketika mengandong dan komplikasi yang di takuti berlaku ialah plasenta accrete. Keadaan ini plasenta akan melekat pada dinding rahim dan tidak boleh dikeluarkan seperti biasa dan kadangkala memerlukan pembuangan Rahim/histerektomi
Kesemua komplikasi boleh berlaku dan setiap ibu itu perlu tahu dan timbangi sebelum membuat keputusan.
Berbalik kepada soalan puan,sekiranya puan menyususkan anak puan sepenuh masa, haid boleh terhenti lama dan kadangkala sampai 2 tahun, INi bergantung samada anak puan menyusu sepenuh masa atau bercampur dengan susu formula. Jika haid datang pun ketika penyusuan, haid menjadi tidak teratur, Penyusuan mengganggu kesuburan ovary.
Walaupun puan telah di ikat saluran  peranakan,puan perlu tahu dan sepatutnya telah diterangkan bahawa ikat tidak menjamin 100% gerenti puan tidak akan mengandong, Kadangkala saluran peranakan ini akan bertaut semula!.Lakukan ujian kencing sekiranya puan menyesaki puan termengandong kerana ianya positif segeralah berjumpa doctor unutk mengesahan dan yang paling penting adalah menentukan kandongan bukannya diluar rahim atau ektopik.
Terdapat pelbagai cara saluran peranakan puan diikat,Kebiasaanya semasa pembedahan caesarean, saluran peranakan puan diikat dan dipotong sebahagian kecil . Cara ini amat efektif.
Sekiranya ikat saluran peranakan dilakukan selepas bersalin dan rahim telah berada dalam keadaan normal,kami menggunakan kaedah laparaskopi yang lukanya kecil sahaja dan boleh dilakukan secara”day –care’.Laparaskopi kami menggunakan sam ada Fallope ring(getah bulat) atau Filshie clips(klip seperti stapler) untuk mengikat saluran peranakan.
Seperti yang telah saya bincangkan diatas,dilemma akan terjadi bilamana si ibu yang masih muda seperti puan menginginkan saluran peranakan ini dibuka semula. Mungkin dilemma ini tidak berlaku jika puan dibenarkan mengandong sampai  anak ke empat sebelum di ikat.
Secara teorinya saluran pereanakan yang telah diikat boleh di’sambung’ semula.Saya selalu menyatakan pada pesakit saya yang “ikat’ adalah tetap dan muktamad iaitu tidak boleh disambung semula.Saya tidak pasti samaada di negara kita ada doctor yang melakukan penyambongan semula saluran peranakan ini. Kerjanya amat remeh dan memerlukan kepakaran pembedahan mikro. Sekiranya ianya boleh disambung semula, kebangkalian untuk mengandong mungkin rendah dan risiko kandongan ektopik adalah tinggi.Adakah ini berbaloi?
Alternatif yang saya rasa terbaik untuk mengandong adalah melakukan persenyawaan secara invitro(IVF). IVF dilakukan bila saluran peranakan didapati rosak.Persenyawaan ovum wanita dan sperma lelaki dilakukan dimakmal dan setelah embrio terbentuk, embrio ini akan dimasukkan kedalam rahim si isteri. Peluang unutk mengandong adalah sekitar 30- 40 %. Kos nya agak tinggi dalan 15-20 ribu sekali percubaan. Jika puan benar-benar menginginkan seorang bayi lagi inilah cara yang terbaik.

43 tahun takut sudah menopos



Saya berumur 43 tahun dan mempunyai 5 orang anak, yang bongsu berumur 10 tahun. Baru-baru ini saya telah diserang penyangkit gastrik yang agak teruk juga pada 15 ramadan yang lepas hingga kehari ini belum pulih sepenuhnya. Masalah saya, sepatutnya saya datang bulan pada 20 atau 21 hb tapi sampai ke hari ini belum datang bulan lagi. Sudah 2 kali saya buat ujian kehamilan tapi kedua-duanya negatif (pertama kali pada hari ke 8 dan kali kedua pada hari ke 14). Apakah ianya disebabkan oleh masalah gastrik ataupun disebabkan kita menghadapi tekanan (stress dengan gastrik).
Harap doktor dapat memberikan penjelasan dan untuk pengetahuan doktor salah seorang mak saudara saya (sebelah ibu) menopous pada umur 40 an.
Sekian.

Sukar bagi saya mempastikan sama ada gastric dan tidak datang bulan ada kaitan atau tidak. Saya berpendapat ianya dua masalah yang berbeza. Adakah stress boleh menganggu haid? Jawapannya boleh tetapi berapa banyak stress di perlukan untuk memberhentikan haid tidaklah diketahui. Semua orang akan mengalami stresssetiap hari tetapi mereka tidaklah mempunyai masalah haid.Maksud saya stress tidaklah punca utama haid tidak datang
Ujian kencing unutk pengesahan kehamilan tepat dan boleh diterima pakai walaupun ianya tidak seratus peratus .Saya tidak berpendapat yang puan sudah menopos.Mengikut definasi menopos apabila seseorang itu tidak didatangi haid selama 12 bulan. Ini bermakna belum boleh dikategorikan dalam menopos. Pra-matang menopos iaitu menopos sebelum 45 tahun amat jarang sekali berlaku. Selalunya terdapat simtom-simtom menopos terdahulu. Kadangkala haid boleh tiba-tiba berhenti tanpa sebab yang jelas. Tetapi kenaikan atau penurunan mendadak berat badan boleh menjejaskan haid puan.Secara saintifiknya mungkin pada bulan Ramadan itu ovary-ovari puan tidak berfungsi dimana telur-telur/ovulasi tidak terjadi.Maka dinding rahim puan tidak terbentuk dan akibatnya haid terhenti.
Puan mempunyai dua pilihan. Pertama puan bersabar menunggu haid ini turun sendiri manalah tahu ianya akan pulih sendiri seperti dahulu. Tetapi puan perlu bersedia mungkin ianya banyak dari biasa. Kedua nya puan boleh berjumpa doctor untuk “induce” haid dengan mengambil pil-pil hormone. Jika menginginkan haid berjalan lancer disamping itu ingin mencegah daripada hamil saya cadangkan puan mengambil pil perancang.Puan mendapat dua faedah sekali.

Tuesday 17 April 2012

Oh mata!



Sememangnya setiap orang mimipikan mata yang cantik,putih dan bersinar, tetapi mata putih tidak sentiasa putih selama-lamanya keranamata kita sentiasa saban hari terdedah kepada cuaca  panas,cahaya ultraviolet yang tinggi,habukdan  debu boleh menyebabkan mata putih kita menjadi kekuningan. Kalau anda perhatikan mata golongan petani yang bekerla diladang-ladang atau buruh-buruh binaan yang mata mereka sentiasa kepada elemen-elemen tadi, mata –mata mereka Nampak ‘usang’ dan sedikit kekuningan. Mereka ini tidak mengalami apa-apa masalah dari segi penglihatan.Ini adalah punca biasa kenapa mata kita boleh menjadi kekuningan.
Tetapi kita sama sekali tidak boleh menafikan ada punca-punca perubatan yang boleh menyebabkan mata kuning. Bayi-bayi yang baru dilahirkan akan mengalami penyakit kuninh di sebabkan oleh biliribin dalam darah mereka tinggi.Bilirubin adalah bahan kumuhan yang terahsil kerana darah merah mereka musnah.Penyakit kuning ini tidak membawa ketua dan memenag tidak ada kaitan dengan saudari pengalami penyakit kuning masa kecil.
Saudari telah menjalani ujian darah untuk menentukan sama ada hati saudari rosak atau tidak dan keputusannya adalah normal. Memang benar kalau hati rosak boleh menyebabkan mata kuning atau jaundis. Punca utama hati boleh rosak adalah kerana jangkitan virus hepatitis,Punca lain disebabkan pengambilan ubat-ubatan yang boleh merosakkan hari. Paracetamol kalau diambil secara berlebihan boleh juga merosakkan hati.Saya rasa eloklah saudari pendapat pandangan doctor pakar perubatan di hospital kerajaan untuk penyiasatan yang lebih terperinci kerana banyak punca-punca lain ynag menyebabkan mata kuning dan hati rosak. Alahan seperti resdung tidak menyebabkan mata kuning tetapi mata menjadi gatal dan merah.Selepas penyiasatan terperinci dan tiada punca penyebabnya,maka saudari terpaksa terima keadaan sebegitu. Cuba lihat dari aspek yang lebih luas yang saudari mempunyai penglihatan yang sempurna kalau dibandingkan dengan orang-orang yang kurang bernasib baik.

Meconuim dan Dyslexia




Saya seorang ibu berusia 36 tahun dan mempunyai tiga orang anak masing-masing berusia 10, 8 dan 5 tahun dan berkerjaya. Ketiga-tiga anak saya dilahirkan melalui pembedahan. Semuanya bermula sewaktu melahirkan anak pertama yang mengalami komplikasi iaitu Meconium Aspiration Syndrome (MAS) sewaktu saya sedang mengalami kesakitan untuk bersalin. Waktu itu bukaan hanya 2cm, jadi saya dikejarkan ke bilik pembedahan. Bukan saja bayi saya mengalami MAS, malah beratnya juga mencecah lebih 4 kilogram. Begitu juga dengan dua lagi anak saya yang juga dilahirkan dengan berat lebih 4 kilogram. Kemusykilan ialah berkenaan anak (lelaki) sulung saya yang disahkan mengalami masalah dalam pembelajaran iaitu Dyslexia ketika berusia 8 tahun.  Soalan pertama saya ialah adakah komplikasi MAS tadi memberi kesan sehingga dia mengalami Dyslexia itu dan keduanya adakah tanda-tanda tertentu untuk seseorang ibu yang sedang hamil mengesan lebih awal komplikasi ini dan bertindak lebih awal.

Assalamulaikum puan,
Bagi para pembaca,mekonium adalah discaj dari usus  bayi barulahir berwarna hijau-pekat dan likat. Istilah yang biasa doktor gunakan apabila memberitahu pesakit adalah ianya ‘najis bayi berwarna hijau’.Mekonium ini adalah perkara biasa terbentuk dalam air ketuban selepas kandongan berusia 34 minggu.Para doctor tidak akan tahu terdapatnya mekonium dalam air ketuban sekiranya air ketuban tidak di pecahkan.
Sebenarnya mekonium bukanlah najis seperti mana  najis orang dewasa yang kotor dan berkuman. Mekonium terbentuk dari lelehan usus,sel-sel usus,lendir dan lanugo iaitu rerambut halus dari kulit bayi.Mekonium adalah steril dan tidak mengandongi kuman.  Bila bayi berada dalam kandongan sebelum ataupun semasa bersalin,akan mengeluarkan mekonium jika bayi mengalami hypoxia iaitu kekurangan bekalan oksigen. Faktor-faktor yang menggalakkan mekonium dihasilkan adalah seperti IUGR,darah tinggi,preeclampsia,Oligohidramnios(air ketuban kurang) dan lebih hari.
Jadi semasa kelahiran berlaku. Mekonium boleh termasuk kedalam paru-paru bayi. Ini di kenali sebagai “meconium aspiration syndrome’(MAS).
Puan,masalah MAS yang dialami oleh anak pertama semasa dilahirkan tidak ada kaitan dengan masalah dyslexia dia. Kedua-duanya adalah masalah yang amat berbeza sama sekali.
Masalah MAS lagi lebih serius kalau dibandingkan dengan dyslexia. MAS menybabkan komplikasi teruk seperti saluran pernafasan tersumbat dan menyebabkan atelaktasis. Atelaktais adalah sebahagian paru-paru akan mengecut dan tidak dapat berfungsi untuk pertukaran oksigen dan karbon dioksida. MAS juga boleh menyebabkan ‘pnemothorax” iaitu paru-paru bayi bocor dan menyebabkan masalah pernafasan.Keadaan ini memerlukan rawatan di ICU. Mekonium ini juga menyebabkan radang/inflamasi pada paru-paru dan memerlukan antibiotik dan bantuan pernafasan. MAS juga boleh menyebabkan hipertensi pulmonary yang kronik. Kesemua masalah tersebut bagi yang serius boleh membawa kepada kematian.
Dyslexia adalah masalah pembelajaran. Ianya bukan disebabkan oleh MAS ataupun kekurangan oksigen dalam otak semasa bersalin. Puan tentu lebih arif mengenai dyslexia. Secara am bagi pembaca yang lain, dyslexia secara spesifik  adalah masalah membaca. Ini berlaku kerana otak tidak dapat mengenal dan memproses secara betul sesetengah symbol. Bahagian otak yang terlibat adalah bahagian yang melibatkan interpretasi bahasa. Ianya bukan berpunca dari masalah penglihatan. Perlu puan tahu, dyslexia tidak mengganggu kebolehan seseorang unutk berfikir atau memahami idea-idea yang kompleks.Kebanyakkan kanak-kanak atau orang dewasa dyslexia mempunyai IQ yang normal atau lebih.Sukar untuk saya terangkan dengan terperinci tetapi secara mudahnya mereka ini mempunyai masalah unutk memahami makna atau idea terdapat pada ayat-ayat mudah,sukar untuk mengenal perkataan bertulis, dan sukar untuk ‘rhyming’ bunyi.
Dyslexia bukan sahaja mengenai masalah menulis tetapi mereka ada mengalami  masalah mengira. Ini kerana kedua-duanya melibatkan penggunaan symbol..Dyslexia juga mempunyai jalinan genetic.
Menjawab soalan kedua puan, mekonium dalam air ketuban adalah satu perkara normal yang kami ketemui setiap kelahiran. Ini bukan bermakna setiap ibu yang mempunyai mekonium kami perlu melakukan pembedahan bagi mengelakkan komplikasi-komplikasi tadi. Kami akan mengambil kira beberapa faktor seperti kepekatan mekonium, nadi janting bayi dengan CTG dan juga progress sesuatu kelahiran itu. Ini bermakna setiap kelahiran ynag mempunyai masalah mekonium kami akan lebih berhati-hati dengan memantau ‘kesihatan’ bayi dengan CTG sebelum  apa-apa tindakan diambil seperti pembedahan caesarean. Bagi dyslexia pula. Tidak terdapat pencegahan yang khusus tetapi ynag penting disini adalah mengenal pasti dyslexia lebih  awal supaya latihan,pembelajaran khusus boleh dilakukan secepat mungkin. Puan tentu tahu ynag mereka ini selalu mempunyai masalah perlakuan disekolah dan juga ‘self esteem ‘ yang rendah.