Followers

Monday 16 April 2012

Adakah Aspirin menyebabkan asma lebih teruk masa mengandong?


Saya sekarang sedang mengandung minggu ke 22 (anak ke-4) oleh kerana previous pregnancy saya mengidap PE (preeclampsia) so pregnancy kali ini saya terpaksa mengambil aspirin 100mg untuk mengelakkan PE seawall genap sebulan kehamilan lagi. Malangnya selepas sahaja saya consume kan aspirin, saya mengalami batuk2 yang sangat teruk pada sebelah malam nya dan tidak dapat tidur langsung. Pelbagai jenis ubat batuk telah saya consume atas nasihat doctor di klinik2 biasa tetapi tidak mendatangkan hasil sehingga saya admitted di Darul Ehsan Medical Centre (DEMC) dibawah penjagaan pakar, alhamdullillah saya sembuh dengan penggunaan ubat sedut “symbicort” dan saya disahkan oleh pakar mengidap asma. Saya ada terbaca beberapa sumber dari internet bahawa, penggunaan aspirin boleh menyebabkan asma ketika hamil, tetapi bila saya berjumpa dengan pakar Umra medical centre (tempat saya check up mengandung), dan juga gynae dari PPUM, mereka menafikannya.

Minta tolong berita harian mengupas lanjut tentang perkaitan penggunaan aspirin ini menyebabkan asma ketika hamil.

Thank You & Best Regards,
Puan N

Assalamualaikum Puan N
Kira-kira 20 % pesakit asma mengalami sensitivity kepada aspirin dan NSAID iaitu ubat-ubatan yang kerap digunakan untuk sakit dan demam.Pengidap asma yang alah dengan aspirin dan NSAID mesti menjauhi ubat-ubat ini kerana asma mereka mungkin menjadi serius.
Saya berpendapat mungkin puan mengalami “asma” semasa mengandong kali ini. Kalau puan sememangnya pengidap penyakit asma ,asma mungkin menjadi lebih kerap sewaktu mengandong terutama diwaktu malam yang sejuk .Tetapi dari cerita puan,puan tidak menyatakan puan adalah pengidap asma.Jangkitan kuman dalam paru-paru seperti pneumonia boleh menyebabkan simtom seperti asma kerana bronkus-bronkus  kecil dalam paru tersumbat kerana lelehan mukus akibat dari inflamasi.Jadi puan sementara waktu ini puan teruskan rawatan dengan doctor pakar puan dan gunakan nebulizer serperti yang telah dinasihatlan.
Kalau puan takut akibat pengambilan aspirin ini boleh menyebabkan asma puan bertambah teruk, doctor gynae puan pula memikirkan bagaimanakah caranya mengelakkan preeclampsia dari kembali lagi seperti kandongan yang lepas. Sebenarnya tidak ada ubat magik bagi mengelakkan eclampsia atau preeclampsia tetapi aspirin telah digunakan sebagai langkah percegahan. Adakah ianya boleh mencegah preeclampsia?
Banyak kajian menunjukkan ianya tidak berkesan sebagai car pencegahan. Adapun aspirin yang puan ambil setiap hari adalah dalam dos yang amat rendah.Dos biasa adalah lebih tinggi dari itu dan pengambilam aspiran dalam dos yang tinggi boleh menyebabkan antara lain adalah perdarahan semasa bersalin dan plasenta ‘abruption”. Plasenta abruption adalah keadaan dimana uri terpisah dari dinding rahim sebelum bayi dilahirkan.Dari segi "safety" ubat aspirin adalah selamat dalam dos rendah ini.
Puan tidak perlu risau kerana doctor pakar telah membuat pertimbangan yang sebaik mungkin untuk kebaikkan puan dan bayi yang akan dilahirkan. Puan sedia maklum tentang risiko pre eclampsia seperti sawan,kerosakan pada hati dan buah pinggang dan juga perdarahan di organ-organ terutamanya otak adalah lebih serius dari komplikasi aspirin.Bayi pula akan mengalami tumbesaran yang terbantut,berat badan yang rendah dan pramatang. Jadi risiko-risiko ini adalah lebih merbahaya dari alahan puan kepada aspirin.

No comments:

Post a Comment