Followers

Monday 16 April 2012

Mengapa pembedahan caesarean mempunyai had?



Sebelum saya menjawab masalah puan, biar saya beri pandangan  saya mengenai ikat tali peranakan sebagai langkah mencegah kehamilan untuk pembaca-pembaca yang mempunyai masalah yang sama atau yang akan mengalami pembedahan caesarean kali yang ketiga.Ramai orang masih keliru tentang kaedah ini,kesannya dan keinginan untuk mengandong semula selepas di ikat.
Sesungguhnya kami para doctor mempunyai dilema bilamana menasihatkan seseorang ibu hamil yang masih muda dan produktif untuk melakukan ikatan saluran peranakan pada masa pembedahan ceasarean yang ketiga. Kita sedia maklum secara amnya kami menasihat seseorang ibu menghadkan bilangan anak bila pembedahan caesarean perlu dilakukan setiap kali ibu itu mengandong. Kebiasaannya doctor menghadkan kepada 3 orang tetapi trend sekarang, kami membenarkan sehingga empat orang sekiranya si ibu tidak mempunyai masalah kesihatan yang serius dan pembedahan atau kelahiran yang terdahulu tidak mengalami komplikasi yang membahayakan si ibu.Ini perlu dapat penjelasan dari doctor yang merawat.
Punca –punca kami menghadkan bilangan anak adalah kerana beberapa sebab.
1.      Kerap kali dibedah pada tempat yang sama,segmen bawah rahim/uterus menjadi semakin nipis dan kejadian adhesions/usus,lemak usus dan pundi kencing melekat pada tempat caeseraean ini. Pembedahan didapati lebih sukar dan mempunyai komplikasi yang tinggi kerana kecederaan pada organ-organ tadi. Segmen bawah rahim yang tipis boleh menyebabkan rahim ,pecah; jika berlaku kontraksi.
2.       Risiko uri melekat dibawah atau plasenta praevia adalah tinggi dan terus meningkat dengan bilangan pembedahan  caesarean yang dialami.Plasenta previa mempunyai risoko perdarahan yang serius ketika mengandong dan komplikasi yang di takuti berlaku ialah plasenta accrete. Keadaan ini plasenta akan melekat pada dinding rahim dan tidak boleh dikeluarkan seperti biasa dan kadangkala memerlukan pembuanganrahim.
Kesemua komplikasi boleh berlaku dan setiap ibu itu perlu tahu dan timbangi sebelum membuat keputusan.
Berbalik kepada soalan puan,sekiranya puan menyusukan anak puan sepenuh masa, haid boleh terhenti lama dan kadangkala sampai 2 tahun, INi bergantung sama ada anak puan menyusu sepenuh masa atau bercampur dengan susu formula. Jika haid datang pun ketika penyusuan, haid menjadi tidak teratur, Penyusuan mengganggu kesuburan ovary.
Walaupun puan telah di ikatsaluran  peranakan,puan perlu tahu dan sepatutnya telah diterangkan bahawa ikat tidak menjamin 100% gerenti puan tidak akan mengandong, Kadangkala saluran peranakan ini akan bertaut semula!.Lakukan ujian kencing sekiranya puan menyesaki puan termengandong kerana risiko kandongan ektopik adalah tinggi selepas tali peranakan diikat.

No comments:

Post a Comment