Followers

Monday 14 May 2012

Part 1: Pembedahan Caesarean,Bagaimana( dan kenapa) mengurangkan risiko-risiko pembedahan?





Pembedahan caesarean adalah satu pembedahan yang kerap dilakukan semasa bersalin kerana sebab-sebab tertentu.Ianya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu  caeserian kecemasan dan caeserean elektif. Sebab-sebab anda perlu dibedah bagi melahirkan bayi anda, adalah terlalu luas dan kadangkalanya sebab yang subjektif. Oleh sebab itu majority besar keputusan untuk pembedahan caeserean dibuat pada masa /situasi anda bersalin.
Purata kadar pembedahan caeserean di Malaysiab adalah adalah diantara 20 hingga 25% atau 1 dalam setiap 5 atau 6 kelahiran. Kadar caeserian berbeza-beza antara semua negara di dunia ini.
Walaupun caesarean adalah satu pembedahan yang amat lumrah,bukan bermakna ianya selamat dan boleh diambil enteng sahaja. Komplikasi utama biasanya  berlaku semasa pembedahan kecemasan dibandingkan dengan kes-kes elektif dan 82% kes-kes kematian ibu berkaitan dengan bius berlaku semasa pembedahan caesarean. Bius yang paling berisiko tinggi adalah bius am(tidur).
Komplikasi caesarean boleh berlaku semasa (12 hingga 15%) dan selepas (30%) caesarean. Bagi mengurangkan risiko-risiko berkaitan dengan caesarean maka;
1.       Ibu mestilah mempunyai kadar haemoglobin yang normal(11 gm/d).
Wajib bagi ibu-ibu yang mengandong untuk mengambil zat besi dan folik asid  untuk mencegah atau memulhkan anemia. Ujiandarah kerap dilakukanbagi memantauheamoglogin mereka. Kadangkala transfuse darah di perlukan diperingkat akhir kandongan kerana paras haemoglobin yang terlalu rendah. Ibu-ibu yang anemia sukar untuk ‘maintain’ oksigen dalam darah sekira pertumpahan darah berlaku. Mereka lebih cepat menjadi hypoxia.
2.       Memberi suntikan antibiotic sebelum pembedahan bagi mengurankan risiko infeksi selepas pembedahan.
3.       Pencegahan thrombosis/pembekuan darah dengan suntikan heparin(LMWH),stoking khas,hidrasi dan ambulat/bergerak awal selepas pembedahan.
4.       Memakai kateter kencing semasa pembedahan.
5.       Mengambil antacid atau analog reseptor H2 bagi mengurangkan asid dalam perut. Ini bagi mengurang morbidity jika asid termasuk dalam paru-paru.
6.       Memberi suntikan antiemetic/tahan muntah bagi mengurangkan risiko makanan termasuk alam paru-paru.
7.       Menggunakkan bius regional/setempat dibandingkan denganbius am. Contoh bius regional adalah spinal dan epidural.
8.       Mengurangkan risiko hipotensio dengan transfuse cecair kristaloid atau koloid sebelum bius setempat.


Part 2: Indikasi/sebab-sebab pembedahan caeseraean

3 comments:

  1. salam doc... saya nak tanya apa beza bius spinal dan epidural?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cara spinal dan epidural di beri iaitu ditulang belakang. Spinal terus masuk ke air otak tetapi epidural sebelum itu. Spinal block sakit amat bagus,kaki tidak bolih digerakkan dan hanay bertahan selama 2-3 jam sahaja.Epidural block sakit kurang sikit dari spinal dan kadangkala tidak sekata. Sebahagian perut masih bolih sakit laki. Tapi cukup untuk bersalin dan caesean. Epidural bolih digunakan selama 1-2 hari. Kalau caeserean kami combined kedua-dua sekali. Baru ngam!

      Delete
  2. Jika kita tak ambil heparin selepas lscs adakah bahaya

    ReplyDelete