Followers

Tuesday 10 July 2012

Apakah komplikasi-komplikasi yang boleh berlaku selepas bersalin?



Entri kali ini saya akan bincangkan 3 komplikasi utama yang bolih berlaku semasa berpantang. Tiga komplikasi ini mempunyai morbiti yang tinggi dan jarang sekali mortality. Oleh itu para-para ibu yang telah selamat melahirkan tidak kira secara normal ataupun caesarean perlu mengetahui 3 komplikasi tersebut.
Apakah 3 komplikasi-komplikasi tersebut?
1.       Secondary Postpartum Haemorrhage/Pertumpahan darah sekunder
2.       Venous Thromboembolism(VTE)/Tromboembolisma Vena
3.       Puerpural pyrexia/Demam panas selepas bersalin
Nota: Disini saya hanya akan bincangkan sedikit tiap-tiap satu komplikasi tersebut kerana( sebenar) setiap satu komplikasi di atas adalah merupakan satu tajuk yang luas dalam buku-buku perubatan! InsyaAllah saya akan terangkan dengan lebih terperinci dalam entri-entri lain.
Apakah yang dimaksudkan dengan Pertumpahan darah sekunder?
Mengikut definasi,adalah perdarahan yang ‘tidak normal’ yang berlaku selepas 24 jam bersalin sehingga 6 minggu. Intepretasi ‘tidak normal’ sememangnya subjektif. Bagi saya jika kita ambil darah nifas (dari segi jumlah dan berapa lama ia turun) sebagai standard , maka sebarang perdarahan lebih dari itu kita bolih beranggapan ianya pertumpahan darah sekunder. Majoriti wanita mengalami pengaliran darah yang banyak dari amaun.
Bagi Negara--negara Membangun,pertumpahan darah sekunder adalah punca utama kes-kes kematian ibu selepas bersalin. Di Negara-negara Maju pula hanya kurang dari 5% ibu-ibu lepas bersalin dimasukkan semula kehopital di sebab pertumpahan darah. Punca utama pertumpahan darah adalah tisu-tisu uri masih tertinggal,jangkitan dalam rahim dan koyak pada servik atau vagina yang tidak diketahui.
Apakah Tromboembolisma Vena(VTE)?
Di United Kingdom,VTE adalah punca utama kematian ibu selepas bersalin. VTE,pesakit mungkin tidak mempunyai apa-apa simtom dan kalau yang serius datang dengan simtom-simtom Tromboembolisma Pulmonari.Dalam kes Tromboembolisma pulmonari, terdapat trombus(kumpalan darah dan platelet) tersebar dan tersumbat di dalam paru-paru. Pesakit akan mengalami kesukaran bernafas,sakit dada,pengsan dan batuk berdarah. Pesakit bolih meninggal sertamerta.
Satu lagi komplikasi yang berlaku dalam kumpulan VTE ini adalah ‘Deep Vein thrombosis’(DVT). Ini terjadi kerana pembekuan darah dikaki atau di dalam pelvis. Saluran darah yang terlibat adalah saluran vena. Pesakit akan mengalami sakit dikaki terutama dibahagian otot-otot keting,bengkak kaki dan kulit kemerahan dan panas,
Apakah Puerpural Pyrexia?
Asasnya ia bermakna demam panas  > 38 selsius dalam masa 14 hari selepas bersalin. Pada zaman dahulu sebelum ujudnya antibiotic, ia merupakan punca utama kematian ibu selepas bersalin. Pada zaman sekarang ianya telah amat berkurangan tetapi kita masih perlu berwaspada.
Kesimpulannya, 3 komplikasi diatas perlu diberi perhatian dan segeralah kehospital jika anda mengalaminya. Ketiga-tiga komplikasi mempunyai morditi dan mortality yang tinggi jika diabaikan


No comments:

Post a Comment