Followers

Thursday 26 July 2012

Multiple Sclerosis dan dan kehamilan





Saya adalah seorang penghidap Multiple Sclerosis berusia 28 tahun dan sudah dua tahun mendirikan rumah tangga. Kini saya sedang hamil anak pertama di mana usia kehamilan mencecah tujuh bulan. Malah sebaik mengambil keputusan untuk menimang cahaya mata, saya dinasihatkan menghentikan sebarang rawatan terapi tiga bulan lebih awal sebelum disahkan hamil bagi memastikan kesan ubat hilang sekali gus melindungi janin dalam kandungan. Persoalannya saya ialah, saya mahu menyusukan anak secara eksklusif selama dua bulan sebelum kembali bekerja, tetapi doktor menasihatkan saya supaya melupakan hasrat itu dan kembali menjalani terapi MS sebaik selesai bersalin kerana bimbang gejala MS akan berulang. Bagaimanapun, saya perlu mendapatkan pandangan kedua dari doktor wajarkah tindakan saya untuk terus menyusukan anak selepas bersalin. Adakah dengan menyusukan anak gejala MS saya akan berulang dan membahayakan bayi. Terima kasih doktor. 


Munira, Labis Johor

Assalamualaikum Puan Munira,saya amat bersimpati dengan apa yang puan alami sekarang dan berdoa semuga puan dapat menghadapinya dengan sabar. Terima kasih kerana sanggup berkongsi masalah puan dengan pembaca.
Bagi pembaca-pembaca yang lain,penyakit Multiple Sclerosis(MS) adalah penyakit berpunca dari masalah autoimmune. Penyakit autoimmune berlaku bilamana sel-sel immuniti  melawan balik sel-sel normal yang lain walaupun dalam satu badan yang sama. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana sel-sel immuniti sepatutnya kenal akan sel-sel rakan yang lain.
Kesan dari autoimmune ini adalah inflamasi yang bolih merosakkan lapisan myelin(myelin sheath) yang merupakan penutup perlindungan bagi sel-sel saraf pada system saraf.Sistem saraf adalah termasuk otak,saraf tunjang dan juga saraf optic. Kerosakan pada lapisan myelin, menyebabkan signal-signal saraf akan menjadi lembab atau terhenti dari menghantar signal.
Pesakit-pesakit MS akan mengalami pelbagai-bagai masalah yang berkaitan dengan saraf. Contohnya mereka mengalami masalah mengimbangi badan dan koordinasi,kebas,kejang otot,mengawal koordinasi tangan dan kaki terutama ketika berjalan dan lemah badan. Mereka juga sukar mengawal kencing dan buang air besar dan percakapan mereka juga sukar difahami. Kesemua ini mempunyai pelbagai darjah permasalahan’
Kesemua simtom-simtom tadi bolih berlaku dalam beberapa hari,minggu ataupun bulan. Simtom-simtom MS juga bolih berkurangan atau hilang sama sekali(remission) sebelum jadi semula kemudian(relapse). Penyakit MS bolih menjadi kronik dan lebih teruk.
Puan Munira, saya kira anda sangat bernasib baik kerana pakar neurologi membenarkan puan hamil dan puan dapat hamil dalam masa yang singkat. Memang banyak kajian-kajian menunujukkan pesakit-pesakit MS tidak ada masalah semasa mengandung mahupun ketika bersalin nanti. Anda memang bolih brsalin secara normal dan tidak juga epidural menjadi masalah besar. Sebenarnya hamil merupakan satu perlindungan bagi pesakit MS kerana pada waktu puan hamil sistem immune menjadi kurang aktif dan steroid yang banyak dapat mencegah ‘relapse’ dari berlaku.
Ok, yang menjadi masalahnya ialah
1.       Walaupun ‘remission’ berlaku semasa puan mengandong(kira 12 bulan iaitu 3 bulan sebelum hamil dan 9 bulan semasa hamil), ‘relapse’ adalah tinggi selepas bersalin iaitu kira-kira 20 hingga 40%. “Relapse” kebiasaannya berlaku pada 3 hingga 6 bulan pertama selepas bersalin. Inilah yang membuatkan pakar neurologi puan bersungguh-sungguh mahu mempercepatkan rawatan sebaik sahaja puan bersalin bagi mengelakkan ‘relapse’ berlaku. Puan bolih bayangkan bagaimana puan dapat menjaga bayi puan ketiga ‘relapse’ tanpa bantuan orang lain dan mungkin juga puan tidak bermaya and sukar untuk berjalan.
2.       Walaupun pesakit MS mempunyai risiko komplikasi mengandung seperti darah tinggi,kencing manis dan lain lain lagi adalah sama dengan pesakit-pasakit hamil tanpa MS,tetapi olih sebab rawatan MS memerlukan ubat yang ‘toksik’ maka puan diberhentikan ubat-ubat terebut 3 bulan sebelum puan merancang untuk hamil dan 9 bulan semasa hamil.
Adakah ubat-ubat tersebut patut juga diberhentikan selepas puan bersalin?
Seperti yang telah saya terangkan diatas,’relapse’ adalah tinggi selepas brsalin maka itulah doctor tidak membenar puan menyusukan bayi puan kerana beliau mahu memulakan rawatan ubat-ubat tersebut secepat mungkin setelah setahun diberhentikan! Puan sudah diberitahu olih doctor puan tentang ubat MS yang bolih masuk kedalam susu puan dan bolih menjejaskan kesihatan bayi puan. Perkara yang doctor puan takut adalah kesan sampingan ubat tersebut terhadap bayi puan dan bukannya penyusuan badan itu sendiri.Penyusuan badan dan penyakit MS tidak menyebabkan ‘relapse’ meningkat tetapi lambat memulakan rawatan adalah punca ‘relapse.
Sama ada puan akan mendapat ‘relapse’ selepas bersalin, hanya Tuhan yang tahu kerana tidak baca masa depan tetapi saya terang berikan peratusan ianya akan berlaku.Puan tentu terfikir,maknanya peratusan ‘relapse’ tidak berlaku selepas bersalin adalah 60 hingga 80%! Memang betul,tetapi adakah puan sanggup ‘berjudi”? Saya kira kalau puan sangat berhajat hendak juga menyusukan bayi anda untuk jangka yang pendek,eloklah berbincang dengan doctor puan. Beliau lebih arif dari saya dan juga puan. Ramai pesakit MS memilih untuk menyusukan bayi mereka dengan susu formula dan memulakan rawatan secepat mungkin.
Saya harap faham dengan penjelasan saya.

No comments:

Post a Comment